Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat kita sama-sama menyambut tahun baru dengan keadaan yang aman, tenang dan sihat.
Diharapkan pada tahun 2011 ini, lebih banyak pembaharuan, dan peningkatan di lakukan dalam memantapkan lagi diri dan kerjaya.

Saya juga mengharapkan tahun 2011 ini dapat menjadi titik tolak pada saya untuk meneruskan berkarya setelah 5 tahun berkecimpung di dalam dunia seni secara akademiknya.

Saya juga berharap blog ini menjadi platform untuk saya mendokumentasi dan berkongsi segala perjalanan seni saya selepas ini, dan diharap dapat menjadi rujukan, dan hiburan kepada masyarakat sekalian.

Segala komen atau pandangan atau kritikan yang membina boleh disalurkan kepada saya melalui emel sufian.abdullah@ymail.com .

sufian

No comments:

Post a Comment